Assalammualaikum Kawan organik internet.
Ini adalah post pertama aku dan aku ingin menceritakan tentang trip aku pergi hatyai buat pertama kali. Trip kalini aku pergi dengan Kawan aku pada September tahun 2024 lepas. Mungkin agak lewat tapi better late than never kan? Trip ni ambil masa 2h3m. aku bersama kawan aku Mai. Kami pergi dan pulang menaiki bas dari tbs-hatyai. So korang boleh sambung baca untuk details yang lengkap! Selamat membaca.
Itinerary and budget
My Summary Expenses
About | List |
Before Trip | Simkad rm20 Bas rm192 hotel rm97 (1pax) |
Day 1 in bhat | thai tea 36 grab 62 zaina dimsum 530 grab 67 kaitod 170 meji + alovera(59) 119 total per pax : 984/2 : 492 Bhat |
Day 2 in bhat | Motor 300 minyak 43 Chabura 500 Por.Prateep 210 Cheevit Cheeva 430 dinner asean market 170 total per pax: 1653/2: 826.5 |
Day 3 in bhat | Bang han 450 grab 55 Total per pax: 505/2: 252.5 lunch rm28 ( kat boarder) |
My personal expenses in bhat | lipbalm 12 Makeup 340 Bag 550 Seven E 365 Stokin 300 gelang 60 total: 1672 |
Total expenses | 407.66 + 309 + 28: rm744.66 |
Perjalanan bermula.
Dalam pukul 11 malam begitu umi menghantar aku ke ERL Salak Tinggi, menaiki train ke stesen Bandar Tasik Selatan untuk bertolak ke Hatyai menaiki bas. Sampai sahaja di Bandar Tasik selatan aku berjalan kak ke Terminal Bus Station (TBS). Tidak jauh hanya perlu menaiki tangga dan diseberang sana. Sampai sahaja di situ, aku bertemu Mai bersama kedua ibu bapa nya.. Selepas salam dan sapa kami pergi ke kaunter ticket untuk bertanya sekiranya perlu cetak ticket. Ticket kami sudah beli menggunakan aplikasi RedBus jadi sudah punya QR code. Petugas kaunter memberitahu tidak perlu dan boleh masuk terus.. Kami menaiki bas dalam pukul 1 pagi dan tidur dan berborak sehingga subuh.. Pakcik driver bus berhenti di station minyak ketika subuh untuk kami solat. Sambung Semula perjalanan dan dalam pukul 9 kami tiba di imegersen dan cop passport. Perjalanan di dalam bus belom tamat, destinasi adalah di hatyai.. perjalanan diteruskan dalam 30 minit dan akhirnya sampai di tengah pekan Hatyai.
Sejurus sampai kami berjalan kaki ke hotel yang cuma 7 minit sahaja.Seperti tidak sangka akhirnya sampai juga di seberang negara. Disebabkan awal sampai, kami tidak dibenarkan checkin sebelum pukul 2, jadi kami mengambil keputusan untuk pergi makan. Thai tea seven E adalah minuman pertama kami, sangat sedap dan berlemak. Makan tengahari kami agak mencabar, kami berjalan kaki kira-kira 15 minit untuk ke satu gerai kaumok yang agak tular di Tiktok tetapi sayangnya tutup. Disebabkan penat, kami menaiki grab ke satu kedai dimsum yang juga terkenal untuk pengunjung datang ke hatyai dan juga tutup! kami sangat penat dan kecewa, memilih untuk berjalan kaki lebih kurang 15 minit ke satu kedai dimsum yang lain, dan akhirnya dapat juga makan. Kedai tersebut adalah Zainab dimsum. Aku paling suka dengan dimsum udangnya. Sangat juicy dan berperisa, sangat menikmati. Kami juga order tomyam tetapi untuk kami, rasanya biasa sahaja.
Pukul 2 begitu, kemi ke hotel semula dan checkin, berehat dan mengumpul semula tenaga untuk perjalanan petangnya. 4 petang begitu kami berjalan kaki ke kedai makan Kaitod Decha dan makan nasi briyani. Selepas itu, kami berjalan jalan dan ingin ke satu kedai roti pandan tapi tutup, jadi kami cuma singgah ke seven E dan membeli air susu banana, susu chocolate dan ais.. Berhenti di sebuah sekolah dan duduk di bahu jalan.. pengalaman yang takkan aku lupakan. Core memory bersama mai.
Selesai menikmati, kami berjalan pulang.. untung pekan ini tidak berjauhan kedai-kedainya jadi senanglah untuk kesana kemari hanya berjalan kaki sambil menikmati suasana di situ. Walaupun hari semakin gelap, kami masih berani untuk hanya berjalan.. di depan hotel kami ada pasar yang sangat meriah jualannya dan juga pengunjungnya. Dah sampai ke hatyai mestila kene beli pancake banana. Pancake banana hanya seperti roti canai bersama pisang disalut nutella.. walaupun seperti roti canai, rasanya tidak sama seperti yang aku pernah rasa di Malaysia. Di sini jauh lebih sedap. Keseimbangan manis dan juga teksture roti itu sempurna. Manis, lemak, cukup rasa. Nikmat..